Covid-19: 4,896 kes baharu, 18 kematian semalam

0
2
rumah mayat covid hkl

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 18 kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Perkembangan itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,056 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, terdapat enam kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, kes baharu meningkat kepada 4,896 kes semalam dengan dua kes import berbanding hanya 3,083 kes kelmarin.

Ia sekaligus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan kini mencecah 4,681,412 kes.

Selain itu, seramai 42,942 individu sedang menjalani kuarantin di rumah dan 35 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,577 kes pula dirawat di hospital dan 31 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 35 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here