SRC: Najib bersumpah tak tahu dana RM42 juta

0
3

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, ketika mengemukakan rayuan bagi diringankan hukumannya bersumpah tidak meminta, merancang atau ditawarkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Memetik laporan Harian Metro, Najib bersumpah di atas nama Allah.

“Sebagai orang Islam, wallahi wabillahi watallahi saya tidak meminta, saya tidak merancang atau saya ditawarkan RM42 juta itu.

“Saya bersaksi kepada Allah saya juga tiada pengetahuan mengenai jumlah wang itu.

“Begitu juga tiada bukti atau saksi berhubung perkara itu,” katanya di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Najib didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini di bawah Kementerian Kewangan.