Dr Amalina jawab persoalan mengapa pilih kewarganegaraan British untuk anak 

0
3

PAKAR bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri mempertahankan keputusannya memilih kewarganegaraan British untuk anak pertamanya, setelah menerima kecaman hebat netizen sejak semalam. 

Menerusi hantaran di Instagram, pakar bedah berusia 35 tahun itu menjelaskan drinya mempunyai alasan tersendiri untuk tidak memilih status kerakyatan anaknya sebagai warganegara Malaysia. 

“Sudah tentu saya ingin anak-anak saya menjadi rakyat Malaysia, tetapi suami saya adalah warga British dan kami bekerja dan menetap di United Kingdom (UK). Disebabkan komitmen saya di sini, saya tidak dapat pulang ke Malaysia untuk bersalin. 

“Saya kini sedang sarat hamil (trimester trimester) dan masih bekerja. Mengambil penerbangan jarak jauh dan cuti kerja bukanlah pilihan terbaik untuk kami dan bayi. Ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami sekeluarga dan ini pilihan kami,” tulisnya. 

Dr Amalina berkata, dia akan membesarkan anak-anaknya dengan memahami nilai-nilai murni terkandung baik di Malaysia, UK dan paling utama agama Islam. 

Malah, beliau menegaskan anaknya tetap berdarah kacukan Melayu walaupun menetap di UK dan berwarganegara British. 

“Percampuran dua budaya akan memberikan mereka kehidupan yang berwarna-warni. Saya akan membesarkan mereka untuk memahami nilai-nilai Malaysia dan Islam, serta mempelajari Bahasa Melayu. 

“Pada akhirnya, tidak kira di mana mereka tinggal atau passport negara mana yang mereka ada, yang penting mereka adalah insan yang mempunyai nilai moral yang baik di mana boleh menyumbang kepada kemanusiaan,” ujarnya lagi. 

Dalam masa sama, mengulas mengenai kecaman segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusannya itu, Dr Amalina berkata keberadaannya di luar negara adalah atas dasar kerja dan pengajiannya dibiayai oleh biasiswa.

“Saya bekerja, menyambung kepakaran dan membuat PhD supaya menjadi pakar terbaik dalam bidang saya. PhD saya ditaja oleh geran NIHR UK dan saya memenangi fellowship daripada Imperial College London atas usaha saya sendiri. 

“Specialist training saya dibayar oleh duit cukai rakyat UK setelah bersaing dengan beribu rakyat UK & international graduates untuk mendapat tempat dalam program ini,” jelasnya lagi. 

Dr Nur Amalina berkahwin April tahun lalu dengan jejaka Inggeris, Alexander Charles, yang juga seorang pengarah di sebuah syarikat perisian di Masjid Central London. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here