Peniaga burger letak vape pada mulut bayi direman 5 hari

0
2

SEORANG peniaga burger yang meletakkan alat menghisap rokok elektronik atau vape di mulut bayi perempuan berusia enam bulan, direman selama lima hari, bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek yang berusia 23 tahun itu dikeluarkan Majistret, R Salini di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki yang tular videonya meletakkan vape ke mulut seorang bayi perempuan di kedai makan di Bandar Baru Uda, Johor Bahru ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid, berkata pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian itu pada jam 2.56 petang Sabtu lalu, dibuat oleh ibu kepada bayi terbabit.

Susulan itu, katanya, lelaki yang juga merupakan peniaga yang berusia 23 tahun itu ditahan di sekitar bandar raya ini pada jam 12.45 tengah hari semalam.

Dalam video tular di media sosial, suspek yang sedang memangku bayi berkenaan dengan niat bergurau meletakkan vape yang tidak berfungsi di mulut bayi itu manakala kejadian dirakam adik perempuan pengadu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here