Selepas PM, akaun Telegram Saifuddin Abdullah pula digodam

0
3

AKAUN Telegram milik Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah malam tadi digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, beberapa jam selepas perkara sama berlaku terhadap akaun Telegram peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perkara itu dimaklumkan Saifuddin menerusi ciapan di Twitter, serta menjelaskan pihak yang menggodam akaunnya menyalahgunakan nama dan gambarnya melalui aplikasi itu.

“Sesiapa yang menerima sebarang mesej daripada Telegram dinasihati abaikannya dan laporkan kepada pihak berkuasa,” ciapannya.

Petang semalam, Perdana Menteri memaklumkan akaun Telegram miliknya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab, dan meminta orang ramai mengabaikan mesej daripada akaun berkenaan.

Menurut Ismail Sabri, beliau memohon agar perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa dan meminta orang ramai agar mengabaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here