PRESIDEN Amanah, Mohamad Sabu menyuarakan rasa kenal apabila Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengambil pendekatan terus berdiam diri dengan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.
Beliau berkata, lebih dikesalkan UAE terus bersama Amerika Syarikat (AS) melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin.
“Jangan berdiam diri apabila Palestin dizalimi
“Setelah berlaku lawatan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden ke Israel dan dari Tel Aviv terus ke Jeddah.
“Kehadiran Biden bertemu dengan pemimpin-pemimpin Negara Arab dan berusaha terus untuk membuat normalisasi Israel dengan Negara Teluk,” katanya dalam hantaran Facebook.
Mohamad berkata, bagaimanapun tindakan Israel terhadap Palestin semakin hari semakin mengganas.
Katanya, oleh itu normalisasi yang diharapkan boleh mengurangkan keganasan Israel jauh daripada jangkaan.
“Negara haram Zionis Israel itu tetap bertindak ganas dan berani kerana mereka didokong oleh AS dan Negara-Negara Eropah yang bersama dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO),” katanya.
Seramai 24 rakyat Palestin dilaporkan terkorban di Semenanjung Gaza termasuk enam kanak-kanak dan 203 cedera dalam serangan udara tentera rejim zionis bermula Jumaat lalu. – Malaysiapost

