PENOLONG Pengarang Berita, Harian Metro, Mohd Firdaus Ibrahim meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz di ibu negara, malam tadi.
Mohd Firdaus, 37, meninggal dunia pada jam 11.05 malam akibat jangkitan malaria dan kegagalan organ.
Beliau berkhidmat selama 14 tahun bersama akhbar tersebut dan sepanjang tempoh itu telah memenangi pelbagai anugerah media.
Allahyarham juga kerap ditugaskan membuat liputan di negara-negara konflik termasuk yang berdepan bencana alam serta peperangan.
Baru-baru ini, Allahyarham dihantar bertugas ke Burkina Faso bagi membuat liputan program ibadat korban anjuran EZ Qurban Sdn Bhd.
Terdahulu jenazah Allahyarham dimandi dan dikafankan di masjid berkenaan sebelum disolatkan dan dibawa ke kampung halamannya di Kampung Bagan Mukim Jeram di Jitra, jam 2.30 pagi tadi.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pagi ini. – Malaysiapost

