TULAR di media sosial hari ini seorang menteri berstatus Senator positif Covid-19.
Susulan itu terdapat dakwaan semua menteri Kabinet menjalani ujian saringan Covid-19.
Ia berikutan menteri terbabit turut menyertai mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin.
Perkara itu juga kini heboh dalam kalangan petugas media, namun usaha mendapatkan pengesahan daripada pihak berkenaan belum berhasil setakat ini.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sehingga kini belum memberikan sebarang pengesahan, begitu juga jabatan yang diketuai menteri terbabit. – Malaysiapost

