Hujan lebat di ibu kota, petugas DBKL siap sedia di lapangan

0
2

PETUGAS Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah berada di lapangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan susulan hujan lebat di ibu negara pagi ini.

Menurut DBKL menerusi hantaran di Facebooknya, ia bagi memastikan segalanya terkawal dan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

“Warga kota dinasihatkan berhati-hati di jalan raya dan semasa menjalankan aktiviti seharian,” menurut hantaran tersebut.

DBKL memaklumkan keadaan semasa paras air di Sungai Gombak dan Sungai Klang masih terkawal setakat jam 10 pagi tadi manakala terdapat air bertakung di sekitar Jalan Loke Yew.

Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan ribut petir dijangka berlaku di beberapa negeri di Semenanjung serta Sarawak dan Sabah sehingga Khamis.

NADMA melaporkan ribut petir di beberapa tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka, selain satu dua tempat di Perak, Pahang dan Johor hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here