AMANAH menyeru semua ahli parti itu di seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang esok.
Pengarah Biro Mobilisasi Amanah, Sany Hamzan, berkata laporan polis terhadap Ahli Parlimen Marang itu dibuat atas fitnah Pakatan Harapan (PH) cuba merungkai Perlembagaan negara.
“Seperti video ucapan Presiden PAS sewaktu Pelancaran Perikatan Nasional (PN) Negeri Terengganu yang menyatakan Pakatan Harapan cuba merungkai Perlembagaan negara ketika memerintah 22 bulan.
“Oleh itu, setiap negeri dan kawasan diminta untuk membuat laporan polis atas fitnah tersebut secara serentak pada jam 2.30 petang, esok,” dakwanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan, Abdul Hadi mendakwa PH mahu menghakis hak orang Melayu dan Islam dengan cuba mengubah Perlembagaan semasa 22 bulan memerintah Kerajaan Persekutuan. – Malaysiapost
Kredit Foto: Media Presiden PAS

