Komanwel Birmingham 2022: Malaysia kumpul 6 pingat setakat ini

0
2

KONTINJEN negara kini mengumpul dua emas, dua perak dan dua gangsa dalam temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 setakat pagi ini.

Pingat emas negara disumbangkan atlet angkat berat negara melalui Mohamad Aniq Kasdan yang mengungguli acara angkat berat 55 kilogram (kg) dan Muhammad Aznil Bidin dalam kategori 61kg.

Satu kilauan pingat perak juga terhasil dari kem angkat berat negara melalui Muhammad Erry Hidayat yang muncul naib juara kategori 73kg, manakala satu lagi pingat diraih oleh pasukan ping pong wanita negara.

Gangsa pula hadir dari pelumba basikal negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam acara keirin lelaki dan Siti Zalina Ahmad dalam boling padang acara perseorangan wanita.

Malaysia bakal menambah pingat sama ada emas atau perak dalam acara badminton berpasukan menentang India tengah malam ini dalam aksi final.

Kontinjen negara kini berada di tangga keapan kedudukan pingat keseluruhan dengan Australia mengungguli tangga teratas mengumpul keseluruhan 71 pingat membabitkan 31 emas 20 perak 20 gangsa.

Tuan rumah England di tangga kedua mengumpul keseluruhan 54 pingat membabitkan 21 emas, 22 perak dan 11 gangsa. -Malaysiapost

Kredit Foto: Olympics Council of Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here