Media Prima sahkan kakitangan positif Covid-19

0
2

MEDIA Prima Berhad (Media Prima) mengesahkan seorang kakitangan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) dijangkiti virus Covid-19 selepas pulang daripada membuat liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Menerusi kenyataan hari ini, Media Prima memaklumkan kakitangan itu kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan.

“Kakitangan berkenaan baru pulang daripada menjalankan tugasan editorial di Sabah pada 30 September lalu dan menjalani ujian mandatori Covid-19 dikendalikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kakitangan berkenaan juga menjalani kuarantin sukarela di rumah sejak pulang dari Sabah, sebelum didapati positif COVID-19,” katanya kenyataan itu. 

Malaysiapost sebelum ini melaporkan, pengalaman berada dalam wad isolasi Covid-19 bukan satu perkara yang 

diimpikan wartawan NSTP,

Azrul Affandi Sobry.

Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya hari ini, Azrul Affandi memuat naik foto hari pertama berada dalam wad isolasi selepas disahkan positif Covid-19.

Mengakui tidak percaya dirinya dijangkiti Covid-19, beliau bagaimanapun redha dengan apa yang berlaku.

Sementara itu, Media Prima kini bekerjasama rapat dengan KKM dan sudah mengambil langkah-langkah pencegahan bagi meminimumkan potensi jangkitan kepada kakitangan lain.

“Kakitangan terbabit sememangnya menjalani kuarantin sukarela di rumah dan tidak pernah berada di premis-premis Media Prima sejak pulang dari Sabah.

“Media Prima akan memberikan segala sokongan diperlukan kepada kakitangan terbabit dan mendoakan beliau diberikan kesembuhan segera,” katanya. -Malaysiapost