‘Agak lucu Ahli Parlimen ‘katak’ turut sokong RUU Anti Lompat Parti’ – Anwar

0
2

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sebagai ‘lucu’ apabila Ahli Parlimen yang pernah bertukar parti sebelum ini turut menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang diluluskan Dewan Rakyat, semalam

Bagaimanapun, katanya, keputusan meluluskan RUU Anti Lompat Parti itu adalah kemenangan buat rakyat.

“Tapi yang melucukan semalam kita dapat 209 Ahli Parlimen, termasuk pendirian Pakatan Harapan (PH) memang konsisten.

“Orang-orang yang bersekongkol dalam komplot khianat ini, dan ‘katak-katak’ orang yang dianggap melompat ini pun turut mengundi.

“Ini perkara agak lucu tapi menyenangkan. Ini kemenangan pada rakyat. Jadi kita pilih, kita yakin tidak lagi belot kerana ugutan, wang ringgit, ataupun kedudukan,” katanya dalam video di laman Facebook.

Semalam, Dewan Rakyat mencatat sejarah apabila meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti, dengan majoriti melebihi dua pertiga.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun sewaktu membacakan keputusan itu berkata, seramai 209 Ahli Dewan Rakyat bersetuju, manakala 11 lagi tidak hadir dalam bacaan kali ketiga usul berkenaan hari ini.

“Ini adalah keputusan bacaan kali yang ketiga. Undi yang bersetuju ialah 209, tidak hadir 11, maka lebih dua pertiga undi majoriti yang bersetuju,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here