Zahid hargai media, anggap liputan kes mahkamah dihadapinya cukup baik

0
2

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghargai peranan petugas media yang saban hari membuat liputan kes mahkamah dihadapinya.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, media sentiasa memberikan liputan cukup baik perbicaraan kes saya di mahkamah.

“Terima kasih kerana tidak pernah penat memberikan mesej yang tepat kepada rakyat demi sebuah keadilan dan kebenaran,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Ahmad Zahid kini membela diri terhadap 47 pertuduhan, iaitu 12 kes pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here