Graduan kelas pertama tak perlu bayar PTPTN tepis tuduhan PH terhadap BN

0
2
shahrir samad

KEPUTUSAN kerajaan mengembalikan semula keistimewaan pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar ijazah sarjana muda kelas pertama menepis tuduhan Pakatan Harapan (PH) terhadap pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Veteran Umno, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, berkata pemimpin-pemimpin PH begitu mudah menuduh dasar-dasar kerajaan BN tidak mengalakkan dan menghormati meritokrasi.

“Tuduhan ini disulamkan lagi dengan hujahan kononnya sikap BN yang lebih mementingkan kaum (‘race’) dari keperluan (‘needs’).

“Namun, apabila diberikan kuasa oleh rakyat pada PRU14, apa yang dikatakan itu tidak dikotakan. Malahan, yang sebaliknya pula dilakukan,” katanya menerusi Facebook.

Ketua Umno Bahagian Johor Bahru itu, berkata pelajar yang meminjam dari PTPTN tidak datang dari keluarga yang mewah, dan skim pinjaman itu adalah terbuka kepada semua tanpa mengira kaum atau agama.

“Sekarang dikembalikan dasar pengecualian sepenuhnya pembayaran balik pinjaman PTPTN apabila pelajar peminjam memperolehi keputusan cemerlang. Jadi, PTPTN ialah ‘needs-based’ dan bukannya ‘race-based’.

“Kedua, bila dikembalikan dasar pengecualian bayaran balik pinjaman berasaskan pencapaian akademik, maknanya meritokrasi juga dihargai. Itu pun tidak diulangi penipuan yang dibuat dalam janji-janji manifesto PH,” katanya.

Semalam, kerajaan mengumumkan mengembalikan semula keistimewaan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada pelajar ijazah sarjana muda kelas pertama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengecualian itu melibatkan peminjam yang menamatkan pengajian bermula 2019.

Katanya, keistimewaan itu akan diberikan kepada mereka yang layak tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here