Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dikecualikan bayar PTPTN – PM

0
4
Sebahagian pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) menunggu dan menaiki bas mengikut SOP yang ditetapkan untuk pulang ke kampung sempena cuti perayaan Aidilfitri di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam hari ini.

KERAJAAN memberikan semula keistimewaan kepada pelajar mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama boleh ditukarkan pinjaman kepada pengecualian bayaran bagi peminjam Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN), yang bergraduat mulai 2019.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keistimewaan itu diberi kepada semua pelajar mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.

“Saya berharap PTPTN dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan berkenaan perkara ini dari segi peruntukan yang terlibat. 

“Ini sebagai dorongan kepada anak-anak Keluarga Malaysia untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN yang berlansgung di Pusat Pameran Dan Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur, hari ini.

Ismail Sabri berkata, PTPTN telah memberikan tumpuan kepada aspek penabungan dalam kerjasama strategik. 

Justeru, katanya PTPTN juga boleh melaksanakan inisiatif yang sama untuk meningkatkan kutipan bayaran balik pinjaman.

Sebelum ini, seramai 79,873 pelajar di seluruh negara layak menerima pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN melibatkan peruntukan RM2.06 bilion sehingga 31 Januari lalu

Perbadanan itu menyediakan pengecualian bayaran balik pinjaman kepada para peminjam bagi kategori keluarga B40 dan M40, yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here