Covid-19: 4,759 kes baharu, 9 kematian semalam

0
2
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

KES baharu Covid-19 melonjak melebihi 4,000 kes dengan 4,759 kes dicatatkan semalam, berbanding 3,300 kes kelmarin.

Angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah mencecah 4,621,835 kes.

Sementara itu, sembilan kematian baharu akibat Covid-19 direkod semalam, dengan tiga daripadanya berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,932 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data di laman COVIDNOW, kes aktif setakat semalam mencatatkan sebanyak 46,260.

Seramai 44,708 individu atau 96.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 23 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,477 kes pula dirawat di hospital dan 52 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 28 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here