Sumbangan dana politik wujud sejak zaman PM4 – Zahida

0
3
zahida zarikh khan

SUMBANGAN dana politik bukan sahaja baru sekarang, tetapi telah wujud sejak zaman Perdana Menteri keempat, kata Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan.

Bagaimanapun, beliau berkata, isu itu hanya dibangkitkan dan menjadi hangat ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dengan pelbagai gelaran diberikan kepada Perdana Menteri ketujuh itu.

Namun, katanya, yang paling penting kebenaran, akan menunjukkan siapa benar dan salah.

“Tapi peliknya zaman PM ketujuh, musuh politik terima dana difitnah rasuah, perompak, pencuri. Ibarat bercakap depan cermin.

“Benarlah kata orang, kebenaran akan muncul juga antara cepat atau lambat.

“Jadi masih lagi nak percaya penipuan PH dan serpihan mereka?,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu bahawa Dr Mahathir menerima sumbangan dana politik sebanyak RM2.6 juta daripada UKSB.

Perkara itu dimaklumkan bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, 47, pada perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal; bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun berkata bekas Perdana Menteri itu yang juga bekas Pengerusi Bersatu menerima sumbangan itu untuk kegunaan parti berkenaan menerusi anak saudaranya, Tan Sri Rahmat Abu Bakar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here