RM2.6 juta didakwa diterima Dr M, AG jangan buat pendakwaan terpilih

0
3

PEGUAM Negara digesa tidak melakukan pendakwaan terpilih dalam isu melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung penerimaannya bagi sumbangan dana politik sebanyak RM2.6 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Menurut Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memetik keterangan bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir juga menerima RM2.6 juta daripada UKSB menerusi anak saudaranya, Tan Sri Rahmat Abu Bakar.

“Susulan itu, diharapkan pihak Peguam Negara tidak melakukan pendakwaan terpilih dalam isu ini,” katanya menerusi Facebook.

Hari ini, media melaporkan Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu bahawa Dr Mahathir menerima sumbangan dana politik sebanyak RM2.6 juta daripada UKSB.

Perkara itu dimaklumkan bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, 47, pada perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, David Tan Siong Sun berkata bekas Perdana Menteri itu yang juga bekas Pengerusi Bersatu menerima sumbangan itu untuk kegunaan parti berkenaan menerusi anak saudaranya, Tan Sri Rahmat Abu Bakar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here