4,816 kes baharu Covid-19 semalam

0
3
Kelihatan orang ramai membeli tiket ketika tinjauan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini. Semalam, penjualan tiket meningkat 30 peratus susulan kebenaran merentas negeri bagi individu lengkap vaksin Covid-19 bermula Isnin lepas.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sembilan kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,911 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, terdapat satu kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 4,816 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan dua kes import.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,648,931 kes.

Selain itu, seramai 47,632 individu atau 96.7 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 31 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,535 kes pula dirawat di hospital dan 49 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 28 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here