Tuntutan Sulu: Kesilapan surat Tommy tidak tulis ‘Without Prejudice’ – Najib

0
3

SELAIN mengaku Malaysia bersalah dan kesal, kesilapan paling asas surat Tan Sri Tommy Thomas kepada waris Sultan Sulu adalah tidak tertulis frasa ‘Without Prejudice’, kata Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, surat dengan frasa tersebut biasanya tidak boleh digunakan dalam mahkamah.

“Ini adalah kesilapan ‘schoolboy error’ yang tidak mugkin boleh dibuat seorang peguam yang berpengalaman melainkan dia berniat untuk surat tersebut dijadikan bukti dalam Mahkamah.

“Paling tidak masuk akal ialah pendirian kerajaan PH (Pakatan Harapan) masa itu ialah tidak menghantar wakil untuk membela Malaysia dengan alasan kita tidak mengiktiraf mahkamah Sepanyol tetapi dia boleh pulak salin surat tersebut terus kepada hakim mahkamah Sepanyol pula.

“Sebagai Peguam Negara masa itu, kamu mengaku salah bagi pihak Malaysia,” katanya dalam hantaran Facebook.

Pada 28 Februari lalu, agensi berita Sepanyol melaporkan, Dr Stampa yang juga penimbang tara Sepanyol mengarahkan Malaysia membayar pampasan kepada pihak mendakwa sebagai waris Sultan Sulu.

Malah, Malaysia didakwa tidak membayar wang pemisah sejak 2013 dan dikatakan melanggar Perjanjian 1987 yang ditandatangani Sultan Jamal Al-Alam, Baron De Overbeck dan Alfred Dent mewakili syarikat British Utara Borneo.

Sementara itu, Najib turut memuat naik keratan artikel kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai arahan pemberhentian pembayaran kepada waris Sultan Sulu kerana melanggar perjanjian sebelum ini.

“Kini saya muat naik artikel surat khabar tahun 2013 yang disimpan Perdana Leadership Foundation (dijaga Tun M) untuk menunjukkan siapa yang suruh kita henti bayar.

“Kamu kenal siapa dia tak, Tun?

“Tiada pulak dia salahkan surat bodoh Tommy Thomas. Adakah ini bermaksud ianya Tun M yang luluskan surat Tommy ataupun dia setuju dengan surat berkenaan?,” soalnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here