Guru disyaki cabul pelajar 12 tahun ditahan, reman tujuh hari

0
3

SEORANG guru lelaki ditahan kerana dipercayai mencabul seorang murid perempuan berusia 12 tahun di sebuah sekolah di Langkawi.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, tangkapan dibuat ke atas suspek berusia 48 tahun itu susulan laporan oleh ibu mangsa semalam.

“Satu laporan polis telah diterima semalam mengenai seorang pelajar perempuan berumur 12 tahun di sebuah sekolah kebangsaan yang mendakwa dicabul oleh seorang guru lelaki dari sekolah yang sama.

“Susulan itu, pada hari yang sama sekitar tengah hari, satu tangkapan telah dibuat ke atas suspek dan dia direman selama satu minggu hari ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shariman berkata, kes tersebut disiasat di bawah seksyen 14/a Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Beliau turut meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here