‘Rafizi, cermin dan lihat diri sendiri dulu’

0
2
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2020314898101388&set=t.100000424527829&type=3

PAKATAN Harapan (PH) bukan sahaja gagal mengurus kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat, malah janji manis dalam manifesto gagal ditunaikan.

Exco Pemuda Umno, Muhammad Faiz Hashim berkata demikian berikutan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa Umno punca segala permasalahan dalam negara.

Muhammad Faiz berkata, rakyat kesal dengan sandiwara PKR yang menjadi sekutu PH, tidak menunaikan janji yang terkandung dalam kitab manifesto, malah kini menyalahkan Umno.

“Hutang PTPTN adakah dihapuskan sepertimana dijanjikan? Adakah berlaku penurunan harga minyak? Semuanya tidak berlaku dan menuduh semuanya angkara kerosakan dari Umno, maka Rafizi harus melihat ‘cermin dan lihat diri sendiri’ dan parti mereka.

“Janji dalam manifestonya seperti mewujudkan sejuta peluang pekerjaan untuk orang muda, menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST), turunkan harga minyak, hapuskan hutang Felda, PTPTN, namun tidak ditunaikan.

“Mereka (PH) menjadi kerajaan tetapi gagal mentadbir negara dengan baik meskipun diberi peluang. Ramai hilang mata pencarian termasuk kakitangan kerajaan dibuang kerja.

“Ekonomi negara semakin merudum dan akhirnya tiada hasil yang bermanfaat kepada rakyat,” katanya memetik laporan Umno Online.

Muhammad Faiz turut membidas Rafizi yang mendakwa menteri-menteri dari Umno tidak cerdik berbanding zaman pemerintahan PH.

“Setidak-tidaknya zaman kerajaan Umno dulu iaitu era Datuk Seri Najib Razak, ekonomi negara berada pada tahap cukup baik, pelabur memberi kepercayaan penuh pada negara dan berbilion-bilion pelaburan masuk terutama dari China.

“Sebagai contoh, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), High Speed Rail (HSR) yang memberi impak besar kepada negara. Lebuhraya Pan Borneo percuma kepada rakyat dan ini menandakan ekonomi negara semakin berkembang dan pelabur begitu yakin,” ujarnya.

Dalam Kongres PKR baru-baru ini, Rafizi menuduh Umno adalah lambang dan punca segala kerosakan dan masalah dalam negara ketika ini. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Muhammad Faiz Hashim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here