Wan Fayhsal perlu bertanggungjawab lantik ikon permotoran salah

0
4

TIMBALAN Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal diminta bertanggungjawab kerana melantik orang yang salah menjadi ikon permotoran.

EXCO Pemuda Umno, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata ikon dilantik Wan Ahmad Fayhsal sebenarnya banyak mendatangkan masalah.

Tambahnya, perkara itu juga memberi impak tidak baik kepada anak muda lebih lagi tular bahawa ikon tersebut banyak melanggar kesalahan jalan raya.

“Ramai lagi yang wajar diangkat sebagai ikon permotoran negara seperti Hafiz Syahrin, Syarifuddin Azman atau Damok dan belia-belia lain yang membawa imej baik buat masyarakat.

“Ini, tanpa usul dan kajian, dengan hanya melihat TikTok sahaja, terus lantik jadi ikon. Nampak sangat, buat kerja tak pakai akal.

“Akhirnya yang mendapat cemuhan, kerajaan hari ini kerana ada menteri dan timbalan menteri yang tidak buat kerja dengan betul,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Muqharabbin berkata, beliau berharap ikon yang dipilih selepas ini biarlah ada badan yang dipertanggungjawabkan untuk membuat penilaian.

Sebelum ini, pempengaruh media sosial, Haqiem Stopa yang digelar ikon permotoran oleh Wan Ahmad Fayhsal ditahan selepas didapati tidak memiliki lesen memandu.

Haqiem mengakui kesilapannya memandu tanpa lesen serta nombor pendaftaran kenderaan tidak ikut spesifikasi sekali gus menerima notis saman RM600. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here