Kesilapan besar PH tidak hormati perjanjian G2G sedia ada – Najib

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najin Razak menjelaskan setiap perjanjian yang ditandatangani atas nama kerajaan perlu dihormati, terutamanya persefahaman antara kerajaan dengan kerajaan (G2G).

Beliau berkata, antara kesilapan kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah membatalkan atau tidak menghormati perjanjian antara negara sedia ada semasa mereka mentadbir.

“Sekiranya perjanjian dari kerajaan pun tak boleh guna apatah lagi boleh dipercayai di Malaysia?

“Sehingga banyak negara dan syarikat asing tidak berminat atau kurang percaya untuk melabur dalam negara,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Kenyataan itu mengulas berkenaan langkah Indonesia membekukan sementara penghantaran pekerjanya ke Malaysia berikutan dakwaan pelanggaran perjanjian antara kerajaan kedua-dua negara boleh menghakis keyakinan dalam kalangan pelabur asing.

Menurut pakar ekonomi Geoffrey Williams daripada Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, tiada jaminan bahawa pelanggaran seperti itu tidak akan berulang.

Williams berkata, pembekuan sementara oleh Indonesia itu dan isu yang mencetuskannya akan membawa kesan yang lebih luas jika tidak diselesaikan segera. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here