Najib cop Wan Saiful ‘spesis sembang’

0
2

DATUK Seri Najib Razak menyifatkan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan sebagai individu jenis ‘sembang’ kerana dilihat sering tidak mengotakan janji.

Menerusi hantaran ringkas di Facebooknya, Najib turut menyindir bekas Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dilihat tidak selari dengan ‘prinsip’ pahlawan yang cuba diketengahkan Wan Saiful.

Menurut Najib, ia dapat dilihat menerusi tindak-tanduk Wan Saiful termasuk dalam isu manifesto Pakatan Harapan (PH) dan isu PTPTN.

“Tulis manifesto, kemudian jadi bukan kitab suci. Masuk PTPTN, kemudian mengaku gagal tunai janji.

“Adat pendekar berprinsip, berpegang kepada janji. Pantang berundur. Tapi manalah dia tahu kan. Spesis sembang,” katanya.

Pada 2018, Wan Saiful mengakui manifesto PH bukan seperti kitab suci Bible, sebaliknya satu rujukan atau panduan semata-mata.

Wan Saiful yang merangka manifesto PH dipetik sebagai berkata, ada beberapa perkara tidak boleh dilaksanakan seperti janji yang digariskan dalam buku itu, susulan PH tidak memiliki data dan akses maklumat yang mencukupi ketika merangkanya.

Sementara itu, Wan Saiful ketika dilantik menjadi Pengerusi PTPTN memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat menunaikan janji berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam bergaji bawah RM4,000 seperti yang diumumkan dalam manifesto PH. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here