PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran di kawasan penjara Alor Setar, Kedah selama 14 hari berkuat kuasa bermula jam 12.01 tengah malam ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata ia berikutan pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terdapat peningkatan kes positif Covid-19 di kawasan penjara berkenaan.
Justeru, katanya, perintah itu termasuk di kuarters kakitangan dilaksanakan selepas mengambil kira peningkatan jumlah kes.
“Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam kawasan tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya lagi, sepanjang tempoh itu, sebarang pergerakan keluar dan masuk termasuk lawatan oleh keluarga tahanan adalah dibenarkan.
Pada 2 Oktober lalu, sebanyak 128 kes baharu Covid-19 daripada keseluruhan 287 di negara ini adalah dari kluster Tembok yang melibatkan penjara tersebut. – Malaysiapost

