‘Masuk PRU15 untuk menang bukan jadi pembangkang’ – Saifuddin

0
3

PKR mesti memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) agar dapat memimpin pentadbiran kerajaan bagi menyelamatkan rakyat dan negara, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Setiausaha Agung PKR itu berkata, kongres tahunan PKR ini dibuat untuk terus mengukuhkan parti dan memperkuat Pakatan Harapan (PH) serta menjana seluruh kekuatan baharu untuk PRU15.

“Masuk PRU dengan matlamat jelas untuk menang dan memimpin kerajaan baru demi menyelamatkan rakyat dan negara. Masuk PRU15 untuk menang bukan untuk jadi pembangkang.

“Membiarkan kerajaan yang ada sekarang terus berkuasa dan kita menunggu PRU untuk membiarkan kerajaan sekarang berkuasa adalah satu malapetaka besar,” katanya ketika berucap sempena Persidangan Kongres Nasional PKR Tahunan ke-16, hari ini.

Sehubungan itu, Saifuddin berkata, kongres kali ini akan mengikhtiarkan kesedaran bagi memastikan kemenangan dalam PRU15 dengan hala tuju lebih jelas.

“Kongres dua hari ini, insyaAllah akan mengikhtiarkan usaha ke arah itu dengan arah tuju yang akan diletakkan garis besar oleh Presiden,” katanya.

Beliau turut memaklumkan kongres berkenaan menerima kehadiran seramai 17 tetamu dari kedutaan asing.

“Antaranya dari Iraq, Singapura, Maldives, Australia, Rusia, Jepun, China, Ukraine, dan Amerika Syarikat (AS),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here