Anwar bukan liabiliti buat PKR

0
4

DATUK Seri Anwar Ibrahim bukan beban atau liabiliti dalam parti, sebaliknya beliau merupakan pemimpin terbaik dalam mengemudi PKR dan Pakatan Harapan (PH) menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Setiausaha Agung PKR itu berkata, ketika ini Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson bukan sahaja dikritik parti luar, malah turut berdepan kecaman dari dalam PKR sendiri.

“Sehinggakan pada tahap bukan sahaja (beliau boleh) ditegur, dikritik dan dihentam terbuka oleh lawan, parti-parti sahabat bahkan hari ini pun kritikan terbuka terhadap sosok beliau kencang datangnya dari dalam parti dan oleh pimpinan sendiri.

“Malahan sudah ada ungkapan bahawa presiden PKR adalah beban atau liabiliti terhadap partinya sendiri,” katanya berucap meraskimakn Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC, hari ini.

Saifuddin berkata, dakwaan Anwar merupakan liabiliti kepada PKR timbul sejak 2003, berikutan pemenjaraan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Ditanya siapa pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut, Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Saifuddin turut mengingatkan kepimpinan baharu Pemuda PKR untuk menghormati hierarki pemimpin tertinggi dalam menjamin kebebasan bersuara perlu disulami dengan adab dan disiplin kerana ia mampu memantapkan parti.

“Memahami makna demokrasi, bahawa bukan sekadar memperoleh kuasa melalui suara majoriti malahan mengamalkan demokrasi melalui kepimpinan kolektif dan menghormati perbedaan pandangan.

Dalam perekembangam berkaitan, Saifuddin berkata, PKR memutuskan untuk terus bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

Beliau berkata, parti itu akan berunding dengan rakan Pakatan Harapan (PH) untuk menambah bilangan kerusi sedia ada, bagi tujuan memperkukuh kedudukan PKR dalam PH.

“PKR akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN yang kita menang dalam PRU 2018. Semua kerusi yang kita menang, kita akan masuk tanding semula.

“Ini keputusan yang dibuat dalam temu rapat parti beberapa bulan lalu. Kita juga bersetuju berunding dengan parti sahabat PH untuk dapat kerusi tambahan bagi membolehkan kita muncul sebagai parti terbesar dan terkuat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here