Yadim ingin dakwah pelawak hina Islam

0
3

Aiman Hanif

YAYASAN Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) ingin bertemu pelawak yang telah menghina Islam bagi menyampaikan dakwah mengenai kesucian Islam.

Yang Dipertua Yadim, Nasruddin Hasan, berkata dalam sebuah negara yang bertamadun perbuatan sebegitu tidak sepatutnya berlaku kerana ia bukan saja menghina Islam boleh boleh mencetus suasana tidak harmoni dalam masyarakat.

“Ini sesuatu yang sangat mengecewakan dan sangat memalukan. Kami bercadang untuk bertemu mereka bagi memberi penjelasan tentang Islam.

“Betapa perkara itu (perbuatan mereka) sangat besar (dilarang) dalam Islam.

“Kita bimbang respon balas daripada masyarakat awam, jadi jangan kita cetuskan situasi yang boleh mengundang (kemarahan),” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, Nasruddin menghadiri Majlis Penghargaan & Ramah Mesra Yadim Bersama Rakan Media.

Sebelum pelawak wanita di sebuah kelab di ibu kota kerana bertindak menghina Islam dengan menanggalkan pakaian dan tudung dalam sebuah persembahan komedi.

Wanita dikenali sebagai Siti Nuramira Abdullah, 26, telah diakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur, kelmarin.

Turut ditahan kerana mempersenda Islam teman lelaki wanita terbabit dan pemilik kelab berkenaan.

Dalam pada itu, Nasruddin menasihatkan pencipta kandungan media sosial supaya menjaga sensitiviti agama mahupun kaum.

Mengulas lanjut, Nasruddin berkata Yadim memerlukan peranan media dalam menyampaikan dakwahnya kepada masyarakat.

“Kerja dakwah Yadim perlukan lidah penyampai iaitu media…Media tidak sekadar rakan strategik kepada Yadim, media adalah keluarga kepada Yadim.

“Kami sangat memerlukan kewujudan media dalam setiap kerja dakwah Yadim,” katanya lagi.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here