Jodoh Brad Maloney dengan skuad B23 kebangsaan terlerai akhirnya

0
2

JODOH Brad Maloney dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terlerai hari ini menerusi persetujuan bersama kedua-dua belah pihak.

Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, ia dicapai apabila ketua jurulatih B-23 kebangsaan itu hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM dipengerusikan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya pagi tadi.

Menurutnya, antara agenda mesyuarat itu ialah membentangkan laporan prestasi pasukan kendalian Maloney pada Sukan SEA 2021 di Vietnam, Mei lalu dan Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan, Jun lalu.

“Selamat maju jaya kepada Maloney dalam meneruskan karier kejurulatihannya selepas ini.

“Jasa dan sumbangan beliau sepanjang lapan tahun bersama FAM ini akan sentiasa dikenang. Terima kasih,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Maloney, 50, merakamkan ucapan terima kasih kepada FAM kerana memberi peluang untuknya berkhidmat selama lapan tahun sejak 2014 yang mana ia banyak membantu meningkatkan karier kejurulatihannya bermula sebagai penolong jurulatih B-23 kebangsaan kepada Datuk Ong Kim Swee sehinggalah dilantik ketua jurulatih B-19 kebangsaan pada 2019 dan seterusnya ketua jurulatih B-23 kebangsaan. – Malaysiapost

Kredit Foto: Astro Arena

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here