Kena terima hakikat Umno juga sebahagian daripada PN- Tajuddin

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

[WAWANCARA] UMNO perlu menerima hakikat bahawa parti adalah sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN), meskipun tidak menyertainya secara rasmi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata Umno kini sudah pun bersama Bersatu dalam kerajaan walaupun tidak memasuki PN secara berdaftar.

“Dalam PN ada wakil rakyat kita…ada Umno juga dalam tu jadi kerajaan…(kerajaan) Umno juga la tu.

“Secara tak langsung (Umno ada dalam PN) tak payah bagi alasan Umno tiada dalam PN. Wakil rakyat itu ada wakil kita (Umno), jadi langsung dan tak langsung kita bersama Bersatu dalam satu kerajaan.

“Kita berkongsi dalam satu kerajaan, kita ada wakil kita jadi Menteri, Timbalan Menteri kita kongsi Perdana Menteri jadi apa kita nak buat? Nak teruskan begini atau terus berkelahi, pecah kongsi atau apa untuk menuju PRU-15?,” katanya dalam satu wawancara bersama Malaysiapost.

Penyudahnya menjadi kelam kabut

Sebelum ini, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memutuskan bahawa parti itu tidak akan menyertai PN secara berdaftar.

Jelasnya, kerjasama parti itu dalam Kerajaan PN hanya membabitkan Ahli Parlimen Umno tanpa kerjasama parti, Tajuddin berkata beliau tidak bersetuju dengan pandangan itu.

Umno bersama Bersatu, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan parti dari Sabah telah membentuk kerajaan PN selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Februari lalu.

“Macam zahid cakap sebelum ini, semua orang cakap kerjasama Ahli Parlimen Bersatu, Umno, PAS dan lain-lain tanpa babitkan parti …tak betul tu rasanya.

“Sebab apa, kerana wakil rakyat itu dari parti kita..tanpa parti mereka tidak jadi wakil rakyat.

“Jadi keputusan mereka perlu mendapat kelulusan parti…mana boleh kita lepaskan macam tu sahaja,” kata Tajuddin lagi.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, kerana itulah penyudahnya menjadi kelam kabut iaitu siapa ketua kepada Ahli Parlimen berkenaan.

“Siapa nak buat keputusan.? Autoriti dari mana..kalau Ahli Parlimen Umno siapa ketuanya ? Presiden parti..tetapi dia (presiden) kata parti tak terlibat dah jadi celaru dah.

“Kalau parti yang terlibat dia mewakili parti jadi bosnya adalah Presiden Umno..Ahli Parlimen Umno kena ingat ketua kau Presiden Umno.

“Apa keputusan parti Ahli Parlimen kena ikut…kalau suruh letak jawatan kena letak…kalau suruh ambil jawatan kena ambil…itu prinsipnya..tetapi hari ini orang buat pelbagai konsep,”katanya.-Malaysiapost