Wanita hina Islam, teman lelaki dituduh di mahkamah esok

0
2

WANITA yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan komedi berdiri di di Taman Tun Dr Ismail di ibu negara baru-baru ini, dijangka dituduh di mahkamah pagi esok.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Deputi Komisioner Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan dan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

Susulan itu, katanya, polis mendapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk menuduh suspek di mahkamah mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Pada masa sama, reman ke atas suspek yang tamat hari ini telah disambung selama satu sehari sehingga esok,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Noorsiah berkata teman lelaki suspek juga akan dituduh esok di mahkamah mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here