Bayar zakat lebih RM50,000, Aeril Zafrel dapat penghargaan LZS

0
2

PELAKON Aeril Zafrel mendapat penghargaan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) kerana melaksanakan bayaran zakat lebih RM50,000 pada tahun ini.

Menerusi hantaran di Instagram, suami kepada pelakon Wawa Zainal itu memuatnaik gambar plak penghargaan daripada LZS yang diterimanya.

“Terima kasih Respected Citizen Sdn Bhd kerana membantu asnaf di Selangor dengan menunaikan zakat melebihi RM50,000,” tulisan di plak itu.

Aeril turut menyeru orang ramai menunaikan kewajipan membayar zakat bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan.

“Alhamdulillah dapat penghargaan daripada Pusat Zakat Selangor untuk tahun ini. Mari ramai-ramai kita tunaikan kewajipan,” katanya.

Sebelum ini, Aeril pernah dilabel ‘menunjuk’ selepas membuat perkongsian menunaikan zakat setiap bulan

Katanya, dia kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang bersangka buruk tentang niatnya itu selain Aeril berkata niat seseorang itu hanya Allah sahaja Maha Mengetahui. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here