JUMLAH penduduk Malaysia kini adalah sebanyak 32.4 juta daripada 7.8 bilion penduduk dunia ketika ini.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Selangor adalah negeri yang mempunyai jumlah penduduk tertinggi iaitu 7 juta orang dan terendah adalah Labuan iaitu 95,100 orang.
Berdasarkan infografik dikongsi jabatan itu, pertumbuhan penduduk Malaysia dilihat menurun pada tahun 1980, 2010 dan 2020 iaitu 2.3, 2.1 dan 1.7 peratus, kecuali pada 1970 direkodkan paling tinggi iaitu 3.9 peratus.
Sementara, peratus penduduk Malaysia yang berumur 65 tahun dan ke atas pada 1970 ialah 3.1 peratus dan terus meningkat kepada 6.8 peratus pada tahun 2020.
Sekiranya ia berterusan Malaysia dijangka menjadi negara menua pada tahun 2030.
Etnik di Malaysia pada tahun 2020 mendapati 91.7 peratus iaitu 29.8 juta adalah warganegara Malaysia dan 8.3 peratus atau 2.7 juta bukan warganegara.
Agama majoriti Malaysia adalah Islam iaitu 63.5 peratus, buddha (18.7 peratus), Kristian (9.7 peratus) dan Hindu (6.1 peratus).
Status perkahwinan dilihat sedikit menurun satu peratus dari 43.2 peratus pada tahun 2010 kepada 42.2 peratus pada tahun 2020.
Status perceraian pula meningkat 0.6 peratus dari 0.6 peratus pada tahun 2010 kepada 1.2 peratus bagi tahun 2020.
Perkiraan itu dibuat sempena Hari Penduduk Sedunia yang sambut pada hari ini. – Malaysiapost

