‘Saya tengok sangat menyakitkan, tak lawak langsung’ – Harith Iskander

0
2

PELAKON dan pengacara Harith Iskander yang berbakat dalam komedi berdiri (stand up comedy) tampil menyuarakan rasa tidak setuju dengan tindakan wanita yang dikatakan sengaja menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail.

Harith, 55, menerusi video di Instagram, menegaskan apa yang dilakukan wanita itu yang sama sekali bukan komedi berdiri.

“Wanita ini bukannya pelawak. Apa yang dipersembahkan juga bukan persembahan komedi berdiri. Iya betul, ia dipersembahkan di sebuah kelab komedi yang terbuka.

“Dia boleh sahaja ke restoran dan mendakwa dirinya sebagai chef. Kemudiannya, memuat naik video masakannya sambil memuji dirinya pandai memasak. Mungkin sebab tindakannya itu, orang boleh cakap dia chef tak bagus dan disenarai hitam. Tak semua chef bodoh.

“Hanya satu atau dua sahaja begitu. Situasi sama juga dengan tindakannya di kelab komedi berkenaan,” katanya dalam video itu.

Harith sebelum ini pernah dinobatkan sebagai Manusia Paling Lucu Di Dunia menerusi pertandingan The Funniest Person In The World (TFPW) di Levi, Finland pada 2016.

Menurut Harith, dia sudah berkecimpung selama 32 tahun dalam persembahan komedi berdiri secara profesional, dan secara tidak langsung kerjaya itu sudah sebati dengan dirinya.

“Persembahan dicipta untuk buat orang ketawa. Pelawak akan bercerita dengan cara tersendiri dan penonton akan tergelak. Kandungan atau topik persembahan boleh menyuntik situasi semasa dan pelbagai sudut berbeza.

“Penonton gelak sebab pelawak menghasilkan komedi yang boleh membuatkan mereka terkejut. Tugasan ini perlu ada kebijaksanaan dalam menampilkan lawak jenaka yang bijak.

“Benar, ketawa penawar duka. Bagaimanapun, saya tengok wanita ini sangat menyakitkan dan tak lawak langsung apa dipersembahkan,” katanya.

Dalam pada itu, Harith turut mengulas persoalan mengenai kelab komedi berkenaan yang membenarkan wanita itu membuat persembahan.

Katanya, persembahan itu ada ‘open mic comedy night’ yang juga acara terbuka dengan memberi peluang kepada sesiapa nak jadi pelawak.

“Jika ada 1,000 orang menyertainya termasuk wanita ini, 999 tidak mental sepertinya. Wanita ini mahu lakukan kejutan, sekali gus mengundang perhatian ramai.

“Kebanyakan pelawak di Malaysia bijak. Jadi, jangan pukul rata apa dilakukannya dengan apa yang pelawak sedia ada lakukan.

“Wanita ini perlu bantuan. Harap ‘ubat’ boleh digunakan untuk menonton persembahan komedi berdiri atau tak payah tengok langsung,” ujarnya.

Semalam, tukar video memaparkan seorang wanita membuka pakaian dan tudung di hadapan penonton selepas memperkenalkan diri sebagai seorang beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran.

Menerusi video berdurasi 54 saat itu, wanita terbabit muncul atas pentas dengan imej wanita muslim iaitu memakai baju kurung lengkap bertudung.

Dia kemudian memperkenalkan dirinya serta mengakui sebagai seorang muslim dan menghafal 15 juzuk al-Quran, sebelum berhenti berucap seketika bagi menanggalkan satu persatu baju kurung dan tudung. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here