PERJUANGAN Bersatu adalah penyataan semula Semangat Kebangsaan Melayu dan Pribumi dalam memerangi barah rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa.
Perkara itu ditegaskan Ketua Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada), Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menyatakan ketiga-tiga masalah tersebut telah menghancurkan negara hari ini.
Tambahnya, Bersatu juga akan terus memperjuang dan pertahankan hak kaum Pribumi dan semua rakyat Malaysia.
“Ia selaras dengan perjanjian dan apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (tersurat) dan Sejarah Peradaban Tanah Air (tersirat).
“Kita akan terus melakukan yang makruf dan menegah mungkar sama ada dilakukan oleh kleptokrat Melayu itu sendiri mahupun golongan petualang sekular/liberal yang cuba mengubah kontrak sosial, rupa wajah negara-bangsa Malaysia,” katanya menerusi perkongsian di Facebooknya. – Malaysiapost

