Kenaikan OPR dijangka tidak dapat bendung trend inflasi

0
3

KEPUTUSAN Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) 25 mata asas menjadikan 2.25 peratus didakwa tidak akan dapat membendung kenaikan inflasi.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdu Dusuki, berkata isu utama inflasi hari ini bukan kerana ‘demand’ tetapi ‘supply distortion’ atau masalah di peringkat penawaran.

“Bank Negara umum OPR naik 25 mata asas. Benarkah ia boleh membendung inflasi?

“Ini kali kedua dinaikan. Sebelum ini ketika OPR dinaikkan 25 mata asas pada Mei 2022, inflasi masih melonjak ke 2.8%. Kita tunggu sahajalah,” katanya menerusi Facebook.

Menurut Asyraf Wajdi, ketika OPR dinaikkan pada Mei lalu, kadar inflasi negara tetap naik 2.8 peratus pada bulan terbabit.

“Padahal average (purata) empat bulan sebelumnya adalah 1.68% sahaja.

“Saya sudah hujahkan sebelum ini, selagi masalah di peringkat penawaran ini tidak diselesaikan, masalah inflasi belum tentu dapat dibendung secara tuntas,” katanya.

Terdahulu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM hari ini memutuskan untuk menaikkan OPR yang menjadi penanda aras pinjaman dan tabungan iaitu sebanyak 25 mata asas atau 0.25 peratus kepada 2.25 peratus.

Susulan peningkatan itu, kadar siling dan lantai koridor OPR juga meningkat masing-masing kepada 2.50 peratus dan 2.00 peratus.

Ia kenaikan kedua berturut-turut tahun ini selepas BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus semasa mesyuarat terakhirnya Mei lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here