Suspek video ‘prank’ tarik tudung dua wanita ditahan

0
2

POLIS menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam video ‘prank’ tarik tudung dua wanita yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan kira-kira jam 7.30 malam tadi di sekitar daerah berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Orang ramai dinasihati agar tidak membuat sebarang rakaman dan penyebaran video yang mengandungi isi kandungan boleh mendatangkan kegusaran masyarakat serta menyentuh sensitiviti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, polis mengesahkan menerima laporan berkaitan video ‘prank’ tarik tudung dua wanita yang tular di media sosial.

Berdasarkan maklumat yang diterima perbuatan tersebut dirancang untuk mendapatkan perhatian di media sosial.

Kelmarin, seorang lelaki yang juga YouTuber memohon maaf atas keterlanjurannya memuat naik video ‘prank’ tarik tudung dua wanita di saluran YouTubenya.

Dalam video sama, dua wanita terbabit turut memohon maaf kepada semua yang tersinggung selepas menonton rakaman yang tular itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here