1,918 kes Covid-19 semalam

0
2
rumah mayat covid hkl

KES baharu positif Covid-19 di seluruh negara turun semula di bawah paras 2,000 kes, semalam.  

Menerusi laman CovidNow, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 1,918 kes baharu direkodkan semalam berbanding 2,536 kes, kelmarin.

Daripada jumlah baharu itu, 1,384 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 375 kes (penerima dua dos); 145 kes (individu tidak divaksinasi); dan 14 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sejak Januari 2020, Malaysia telah merekodkan 4,575,809 kes positif Covid-19, manakala 4,510,643 dilaporkan telah sembuh, termasuk 2,321 pesakit yang pulih semalam.

Setakat ini dilaporkan sebanyak 29,382 kes masih aktif dengan 28,140 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah dan 26 ditempatkan di PKRC.

Seramai 1,172 pesakit mendapatkan rawatan di hospital manakala 44 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi dengan 24 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

KKM juga melaporkan lapan pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 semalam, dengan semuanya melibatkan kematian di fasiliti kesihatan.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 meningkat kepada 35,784 kes.

Lima daripada kematian itu dilaporkan di Pulau Pinang; Johor (dua); dan Kedah (satu). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here