Kasari pengamal media: Polis sahkan tiada petugas UTK terlibat

0
3

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa tiada petugas Unit Tindakan Khas (UTK) yang terlibat dalam kejadian mengasari tiga pengamal media di sebuah majlis di Tanah Merah, Kelantan, semalam.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, bagaimanapun, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Katanya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil sekiranya siasatan mengesahkan terdapat sebarang bentuk pelanggaran kod etika dan tatasusila oleh mana-mana petugas keselamatan semasa menjalankan tugasan di majlis tersebut.

Tambah beliau, PDRM sentiasa menghargai pengamal media dan menghormati peranan mereka dalam menyebar luas informasi kepada masyarakat, khususnya bagi membantu memerangi jenayah.

“Hubungan erat pengamal media dan PDRM selama ini akan dikekalkan agar masyarakat mendapat maklumat yang tepat melalui sumber yang sahih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, menerusi kenyataan di Facebook Gerakan Media Merdeka (GERAMM), mendakwa tiga pengamal media dikasari oleh individu yang dikatakan Ahli
UTK PDRM dalam majlis pelancaran Perikatan Nasional Kelantan di Tanah Merah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here