Filem Mat Kilau kutip RM39.2 juta

0
3

Dalam tempoh sepuluh hari tayangan filem Mat Kilau mencecah RM39.2 juta

Pengarahnya, Syamsul Yusof berkata, itu jumlah kutipan filem ‘box office’ sekali gus mencatatkan sejarah baharu dalam industri filem Melayu.

Beliau turut memaklumkan, kutipan diperoleh dalam sehari pada Sabtu, selepas ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei, adalah
sebanyak RM7.3 juta.

Dalam masa sama, beliau menzahirkan rasa syukur di atas kejayaan ini.

“MasyaAllah.. Ini semua adalah kuasa Allah,” katanya menerusi video di Instagram (IG), hari ini.

Menerusi perkongsian itu, Syamsul turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada penonton yang sentiasa menyokong dan menghargai hasil kerjanya.

“Terima kasih kepada semua peminat di Malaysia, Singapura dan Brunei. Terima kasih kerana masih percaya sentuhan saya dan pasukan saya.

“Bukan hanya untuk filem ini, malah, semua hasil kerja saya selama ini. Akan ada banyak lagi (karya) menyusul selepas ini… Nantikan,” katanya.

Sebelum itu, kos pembikinan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang diterbitkan Studio Kembara ini, berdasarkan fakta sejarah ini bernilai RM8 juta. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here