Nasib negara di tangan ‘orang korup’ jika pengundi tidak peduli – Anwar

0
2

SIKAP tidak peduli politik dalam kalangan pengundi akan menyebabkan ‘orang-orang yang korup’ menjadi pembuat keputusan yang akan memberi kesan kepada generasi masa depan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika berucap dalam acara Sidang Nadi Rakyat PKR di Petaling Jaya hari ini, Ketua Pembangkang itu mengingatkan setiap individu yang mempunyai kuasa untuk memilih antara yang baik dan buruk.

“Sekarang ada yang sinis terhadap politik kerana perangai (pihak politik) yang biadab dan zalim.

“Tapi kalau kita pilih untuk tolak politik, kita humban masa depan anak-anak kita (untuk) ditentukan oleh orang-orang yang korup.

“Tak kira Melayu, Kadazan, Cina atau India, kita ada pilihan. Jangan izinkan rakyat ‘dihumban’,” katanya seperti dilapor MalaysiaKini.

Anwar berkata, walaupun beliau tidak bertujuan mempertahankan pentadbiran PH selama 22 bulan, tidak dapat dinafikan peluang untuk mentadbir negara itu digunakan oleh pemimpin yang dilantik menjadi menteri untuk memperkenalkan perubahan dasar yang memberi kebaikan kepada rakyat.

Pada masa sama, beliau mengakui ada kesilapan yang dibuat oleh ‘pengkhianat’ ketika PH mentadbir negara – dipercayai merujuk kepada kumpulan yang meninggalkan PH dalam Langkah Sheraton pada 2020.

Dengan mengambil kira keadaan semasa, Anwar berkata, rakyat ‘tiada pilihan’ selain menyokong PH.

“Siapa dapat nafikan kemiskinan kian memburuk? Siapa dapat pertikai jurang antara kaya dan miskin melebar? Siapa dapat nafikan elit politik mengumpul kekayaan dan mempergunakan rakyat?

“Ini bukan soal kaum. Ada elit politik Melayu yang khianat, ada Cina dan India yang kaut untuk daripada pekerja, termasuk pekerja asing.

“Semuanya terpalit dalam salah guna kuasa dan rasuah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here