Polis sahkan kes tular kanak-kanak tercampak dari kereta

0
2

POLIS mengesahkan insiden tular seorang kanak-kanak tertiarap di jalan raya selepas tercampak keluar dari sebuah kereta, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Zainal Mohamed Mohamed, berkata kejadian itu berlaku ketika kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa membuat pusingan U di simpang lampu isyarat di kawasan Green Valley, Jalan Tasik Puteri Rawang, Selangor.

“Sorang lelaki telah membantu untuk mengangkat mangsa yang tertiarap di atas jalan dan kemudian diserahkan kepada seorang perempuan warga tempatan dipercayai ibu kepada mangsa,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau melihat kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nik Nor Aqeela Nik Abdullah di talian 019-9260203 atau 03-61262222,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here