Ada 4 kategori orang Umno dan BN, anda mana satu? tanya Asyraf Wajdi

0
2

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengajak ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) merenung kembali perihal diri masing-masing selepas kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Mengambil intipati ucapan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak pada Konvensyen BN di Sabah hari ini, Asyraf Wajdi membangkitkan persoalan kepada semua ahli gabungan itu berkaitan empat kategori yang dirumuskan Najib mengenai karakter sebagai ahli Umno dan BN.

“Khas untuk orang BN. Dalam ucapan Penasihat BN sempena Konvensyen BN Sabah tadi, ada 4 KATEGORI orang Umno/BN selepas jatuh dalam PRU14 lalu.

“Katak – Lari dari perjuangan sertai parti lain.

“Masuk gua – menyepikan diri atas pelbagai alasan; tapi mula mengintai peluang untuk keluar gua apabila mula nampak cahaya di hujung.

“Orang Umno suara Bersatu- kekal dalam BN tapi bercakap bawa suara Bersatu.

“Setia bersama parti dan kepimpinan waktu susah dan senang. Anda kategori mana? soalnya di laman Facebook miliknya, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada majlis sama berkata, kebangkitan semula BN termasuk di Sabah adalah bukti komitmen dan keprihatian kepimpinan parti itu dalam menambat semula hati rakyat.

Beliau berkata, kebangkitan semula gabungan politik itu sekali gus meranapkan segala telahan pihak luar kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 adalah penghujung hayat BN. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here