Kaji semula cukai hiburan yang bebankan penerbit, pembikin filem

0
2
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=490383569112690&set=pb.100044231536088.-2207520000..&type=3

PELAKON dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki menggesa kerajaan untuk menyemak semula cukai hiburan dan peratusan caj perkongsian yang dikenakan pihak panggung wayang kepada penerbit filem tempatan.

Menurut pengarah filem ‘Baik Punya Cilok’ itu, adalah tidak adil sekiranya risiko sama ada filem itu mendapat sambutan atau tidak ditanggung penerbit, namun duit keuntungan ‘dikekah’ pihak panggung wayang.

Kenyataannya itu susulan, kejayaan filem ‘Mat Kilau’ yang mencipta fenomena dalam tempoh tujuh hari tayangan berjaya mencatat kutipan lebih RM23 juta, sekali gus menjadikan ia filem epik Melayu pertama yang pecah panggung.

“Masyaa Allah! Baru nak break even/ pulang modal ni… syukur Alhamdulilah. Minta kerajaan review kembali cukai hiburan dan review balik peratusan yang panggung ambil dari penerbit tempatan.

“Pasal tak ‘fair’ yang risiko ditanggung sepenuhnya oleh penerbit dan duit pulangan ‘dikekahkan’ sebegitu,” katanya di Facebook.

Keadaan itu, jelas Afdlin menyebabkan industri hiburan tanah air sentiasa tertekan sekali gus tidak dapat menghasilkan lebih ramai pembikin filem.

“(Sebab itu) tak boleh menghasilkan lebih ramai pembikin filem atau orang kreatif yang berjaya. Sebab tu orang kreatif masih ramai yang susah,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta kerajaan menyemak semula cukai hiburan yang dikenakan kepada penerbit tempatan serta pulangan balik peratusan yang diberi kepada panggung kerana ia tidak adil dan risiko ditanggung penerbit.

Jelasnya, 25 peratus cukai hiburan yang dikenakan ke atas indsutri filem tempatan terlalu tinggi berbanding dengan negara jiran seperti Singapura dan juga Indonesia.

Menerusi video berdurasi 1.22 minit itu, Syed Saddiq mencadangkan kerajaan memotong cukai hiburan bagi membantu menyemarakkan semula industri perfileman yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Afdlin Shauki

Kunjungi bahagian Hiburan untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here