Agong kurnia biasiswa kepada 12 penerima

0
3

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2022 kepada 12 penerima di Istana Negara, hari ini.

Dalam satu hantaran di laman Facebook Istana Negara, memaklumkan 12 penerima itu adalah membabitkan lapan penerima di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dan empat di peringkat Sarjana.

“Dua penerima akan melanjutkan pengajian di luar negara, manakala 10 penerima lagi telah dan akan melanjutkan pengajian di universiti penyelidikan dalam negara pada tahun ini,” menurut Istana Negara.

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong merupakan biasiswa berprestij negara yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 dan sehingga tahun 2022 sebanyak 17 sesi penawaran telah dilaksanakan.

Sehingga tahun ini, seramai 187 warganegara Malaysia telah diberi penajaan iaitu 94 orang di peringkat Phd dan 93 orang di peringkat Sarjana untuk pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here