Polis minta Lufya tampil buat laporan

0
2

POLIS belum menerima laporan daripada pelakon dan penyanyi, Lufya Omar yang mendakwa diserang hingga cedera oleh seorang lelaki dalam cubaan menculik anaknya di Kota Damansara, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata setakat ini belum ada mana-mana pihak termasuk Lufya tampil membuat laporan berhubung kejadian itu.

“Kita sudah buat semakan dan mendapati mangsa belum membuat laporan polis.

“Justeru, kita nasihatkan mangsa tampil membuat laporan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Terdahulu Lufya dilaporkan cedera dalam usaha menyelamatkan anak perempuannya, Laana Haura daripada diculik seorang lelaki di sebuah padang permainan di Kota Damansara.

Menurutnya, seorang lelaki berbadan besar memukulnya menggunakan batang kayu di kepala, badan serta menyebabkan kecederaan pada wajah dan badannya.

“Dua hari lepas Fya diserang oleh seorang lelaki yang nak cuba menculik anak perempuan saya. Masa tu kami berada di playground Kota Damansara pada lebih kurang jam 4 hingga 5 petang.

“Seorang lelaki Melayu yang bersifat dayus telah memukul Fya menggunakan batang kayu ke kepala, badan serta menyebabkan kecederaan pada wajah dan badan saya,” katanya di Instagram hari ini. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Hiburan untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here