Lelaki kasari polis trafik ditahan 

0
2

POLIS menahan seorang lelaki kerana mengasari seorang anggota polis trafik yang sedang menjalankan tugas di Jalan Tun Dr Awang di Georgetown hari ini. 

Video kejadian itu tular di media sosial sejak tengah hari tadi hingga menimbulkan kemarahan netizen. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata kejadian pada jam 6.30 petang semalam bermula apabila anggota polis trafik itu menahan kereta dipandu lelaki tersebut kerana memandu sambil menggunakan telefon bimbit. 

Katanya, suspek kemudian tidak berpuas hati dan ingkar arahan agar tidak membuat rakaman menggunakan telefon bimbit miliknya. 

“Anggota trafik tersebut cuba menahan suspek kerana menghalang polis menjalankan tugas dan merampas telefon bimbit miliknya. 

“Namun suspek menggunakan kekerasan jenayah sehingga berlaku pergelutan. Suspek kemudian ditangkap dan direman tiga hari sehingga 30 Jun,” katanya menerusi kenyataan. 

Menurut Kamarul Rizal, kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan tugas. 

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta Seksyen 188 kanun sama kerana ingkar perintah diisytihar penjawat awam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here