Kes baharu Covid-19 meningkat sepanjang minggu lalu – Dr Noor Hisham

0
2
grafik

JUMLAH kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital dan Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) awam pada minggu epidemiologi ke-25 tahun 2022 (ME 25/2022) dari 19 hingga 25 Jun lalu bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 11 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk sahaja pula meningkat sebanyak 28 peratus.

Menurutnya, bagi pesakit Kategori 1 dan 2, peningkatan kes adalah sebanyak 14 peratus pada ME25/2022, manakala
pesakit Kategori 3, 4, dan 5, pula meningkat sebanyak 45 peratus.

“Peratus pengisian katil fasiliti Covid-19; katil bukan kritikal; katil Unit Rawatan Rapi (ICU); dan katil PKRC tiada perubahan berbanding ME24/2022.

“Jumlah pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) pula meningkat sebanyak 0.1 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemantauan Covid-19 di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di seluruh negara juga menunjukkan trend peningkatan.

“Bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 22 peratus dan bilangan kes Covid-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 16.5 peratus.

“Bilangan kes Covid-19 yang dirujuk CAC ke PKRC atau hospital juga meningkat sebanyak 18.9 peratus,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, untuk trend kes aktif harian Covid-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), terdapat peningkatan sebanyak 27.1 peratus pada akhir ME 25/2022 berbanding pada akhir ME 24/2022 iaitu dari 27,247 kes kepada 34,639 kes.

Menurutnya, dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga ME 25/2022, jumlah kumulatif kes baharu adalah sebanyak 4,554,661, manakala kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 4,490,907 kes.

Beliau berkata, kumulatif kes kematian pula adalah sebanyak 35,745 kes dan kumulatif kluster adalah sebanyak 7,019 kluster dengan lapan kluster masih aktif.

“Perbandingan antara ME 24/2022 dan ME 25/2022 menunjukkan bilangan kes sembuh meningkat sebanyak 33.8 peratus; kes baharu meningkat sebanyak 10.9 peratus; kes tempatan meningkat sebanyak 7.1 peratus; dan kes import meningkat sebanyak 67.3 kali ganda.

“Bilangan kes kematian pada ME 25/2022 menunjukkan penurunan kepada 38.1 peratus berbanding ME 24/2022; dan
purata kes aktif setiap hari bagi ME 25/2022 adalah 26,946 iaitu peningkatan 12.1 peratus berbanding minggu sebelumnya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here